Tuesday, April 23, 2019

7 makanan yang 'wajib' ada di dapur untuk ibu menyusu dan mengandung (edisi 2019)

Nana tau bukan  mudah untuk menahan lapar dan dahaga bila tengah berbadan dua atau sedang menyusukan anak. Sedangkan hari biasa pun asyik lapar dan haus, apatah lagi pada bulan Ramadhan.
Sebenarnya, kajian telah mendapati bahawa berpuasa tidak akan membahayakan kandungan mahupun menjejaskan penghasilan susu ibu. Yang penting, para ibu perlu mengamalkan pemakanan sihat serta pengambilan air yang mencukupi.
Di bawah merupakan beberapa cadangan makanan yang boleh diambil dan disimpan sebagai stok waktu bersahur dan berbuka supaya lebih bertenaga ketika berpuasa.

1. Kurma


Kurma merupakan buah wajib ada ketika berpuasa terutamanya dibulan Ramadan. Kebaikannya tidak dapat disangkal lagi. Kandungannya yang kaya dengan zat besi dan kalsium membantu dalam meningkatkan penghasilan susu yang berkualiti.

Buat ibu hamil pula, mengamalkan makan buah kurma amat baik dalam merangsang hormon dalam badan yang dapat mengurangkan pendarahan selepas bersalin di samping merangsang otot bagi memudahkan proses melahirkan anak. Antara resepi yang popular adalah kurma susu.

2. Oat


Oat menjadi pilihan pengamal makanan sihat kerana kesan baiknya pada kesihatan jantung. Bukan itu sahaja, ia juga disyorkan untuk ibu hamil dan menyusu kerana mengenyangkan di samping membekalkan tenaga serta melancarkan sistem penghadaman.

Banyak resepi overnight oat yang boleh dicuba supaya tidak bosan memakannya kerana rasanya yang tawar.

3. Roti Wholemeal




Ibu hamil dan menyusu perlu bijak memilih pemakanan yang baik untuk diri dan bayi ketika bulan puasa untuk tenaga berpanjangan. Sumber karbohidrat kompleks yang paling mudah nak dibuat stok adalah roti wholemeal. Sekarang Gardenia pun dah ada roti multi grain yang rendah kandungan glycemic index (GI). 

Makanan yang rendah GI sangat membantu memberi kenyang yang lama. 

4. Telur Rebus




Telur bukan sahaja murah dan mudah didapati, malah terdapat banyak khasiat dan kebaikan buat ibu serta perkembangan janin yang sihat. Seperti yang kita tahu, telur kaya dengan protein dan lemak asid omega 3.
Pengambilan omega 3 dapat meningkatkan penghasilan asid lemak baik dalam susu badan. Kuning telur pula mengandungi vitamin D untuk kesihatan tulang ibu serta perkembangan tulang bayi dalam kandungan.

5. Susu


Susu mampu membekalkan kalsium, protein dan vitamin B dan D untuk aktiviti harian ibu. Pengambilan susu secara rutin juga dapat memastikan kesihatan tulang ibu dan bayi dalam kandungan.
Kalau tak lalu minum susu putih, boleh campurkan dengan buah-buahan menjadi smoothies. Seeloknya jangan tambah gula.

6. Buah buahan



 Cuba tukar rutin kita ke pasar Ramadhan untuk membeli kuih kepada membeli buah buahan di pasar / pasaraya.
Buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti buah tembikai, betik dan buah naga memiliki vitamin C selain membantu supaya ibu-ibu kekal hidrat. Daripada beli air manis, para ibu juga boleh mengisar buah menjadi jus untuk berbuka nanti.
7. Sayur sayuran Hijau



Sayur-sayuran hijau seperti bayam dan sawi amat baik untuk kesihatan menyeluruh lebih-lebih lagi buat ibu hamil atau yang menyusukan bayi. 
 Amalkan sayur dalam diet dapat membantu menambahkan kandungan lemak baik dalam susu badan serta mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.
Kalau tekak susah nak telan sayur, korang boleh kisarkan campuran bayam, mangga , yogurt vanilla dan susu segar untuk dijadikan smoothie. Sedap tau!


Tips !

Banyakkan minum air kosong agar ibu ibu dapat elakkan diri dari dehidrasi.

Pengambilan supplement juga membantu tenaga tambahan pada ibu ibu..

Buat pilihan yang tepat dalam memilih supplement ibu ibu ye..


Sebarang pertanyaan boleh klik link wassap nana di bawah

www.wassap.my/01132267533/setpuasa

No comments:

Post a Comment