Thursday, May 23, 2019

Cara mohon penghantaran kali kedua poslaju

Hai assalamualaikum semua.

Apa khabar?

Korang mesti pernah mengalami benda ni kan.. poslaju sampai tapi korang takde kat rumah. Mungkin korang pergi kedai depan ke.. atau ada emergency dan sebagainya.

Korang tau tak yang korang boleh mohon untuk penghantaran kali kedua. Selagi parcel tu masih dalam jagaan poslajulah.
Maksimum tempoh yang parcel korang disimpan adalah selama tujuh hari. Lepas tujuh hari parcel korang akan di hantar ke pengirim semula.

So, kalau korang menyoping online korang kena rajin la minta tracking number dari seller. Dan korang juga kena rajin cek tracking incase posman tak dan call ke, atau posman terlupa tinggalkan note untuk collect barang ke, korang kena sentiasa alert dengan track and trace.

Kalau poslaju boleh track disini

https://www.poslaju.com.my/track-trace-v2/

Macam nana hari tu poslaju mai rumah kami takde, jadi terpaksa rela la collect di poslaju.

Aduh dahnya tengah tak dan nak pergi ambil ni.  Jadi pikir punya pikir nana pun call 1300 300 300. Seterusnya ikut langkah yang diberi sehinggalah korang boleh bercakap dengan operator yang yang bertugas.

Mereka memang sangat2 membantu. Korang tak tau apa tanya je.
Macam nana hari tu nana cakap minta hantar untuk kali kedua..sebab tak dapat nak pergi ambil. Nana bagitau la nana tak dapat apa apa note yang minta untuk collect di poslaju. Kebetulan cek tracking tengok dah 2 hari parcel kat pejabat pos.

Jadi mereka arrange untuk penghantaran kali kedua. Siap buat report lagi aduan nana tentang tak dapat any note yang menyatakan barang boleh collect di pejabat poslaju.

Dan alhamdulillah barang pun telah selamat sampai ke tangan. Legalah kann sebab beli baju raya anak 😂 risau lambat sampai je.. beli online ni jimat masa harga pun berbaloi.



Terima kasih abang posmen berjuang menghantar parcel parcel kami.
abah dulu seorang posman jugak. Sekarang masih di pos malaysia tapi sebagai juruteknik komputer.

Teringat telemovie " Aku Posmen" arahan melissa saila. Terbaik! Unik cerita tentang abang posmen. Cuba korang layan.

Korang yang stress barang tak sampai tu chill ok. Call je poslaju hotline yang nana bagi tadi. 

Update : disebabkan terlalu ramai yang wassap saya, ingat saya adalah wakil poslaju, saya terpaksa remove link wassap.. Sebagai soft reminder saya bukan pekerja POSLAJU ye.. Saya cuma ceritakan pengalaman sahaja.. Terima kasih..