Thursday, May 23, 2019

Cara mohon penghantaran kali kedua poslaju

Hai assalamualaikum semua.

Apa khabar?

Korang mesti pernah mengalami benda ni kan.. poslaju sampai tapi korang takde kat rumah. Mungkin korang pergi kedai depan ke.. atau ada emergency dan sebagainya.

Korang tau tak yang korang boleh mohon untuk penghantaran kali kedua. Selagi parcel tu masih dalam jagaan poslajulah.
Maksimum tempoh yang parcel korang disimpan adalah selama tujuh hari. Lepas tujuh hari parcel korang akan di hantar ke pengirim semula.

So, kalau korang menyoping online korang kena rajin la minta tracking number dari seller. Dan korang juga kena rajin cek tracking incase posman tak dan call ke, atau posman terlupa tinggalkan note untuk collect barang ke, korang kena sentiasa alert dengan track and trace.

Kalau poslaju boleh track disini

https://www.poslaju.com.my/track-trace-v2/

Macam nana hari tu poslaju mai rumah kami takde, jadi terpaksa rela la collect di poslaju.

Aduh dahnya tengah tak dan nak pergi ambil ni.  Jadi pikir punya pikir nana pun call 1300 300 300. Seterusnya ikut langkah yang diberi sehinggalah korang boleh bercakap dengan operator yang yang bertugas.

Mereka memang sangat2 membantu. Korang tak tau apa tanya je.
Macam nana hari tu nana cakap minta hantar untuk kali kedua..sebab tak dapat nak pergi ambil. Nana bagitau la nana tak dapat apa apa note yang minta untuk collect di poslaju. Kebetulan cek tracking tengok dah 2 hari parcel kat pejabat pos.

Jadi mereka arrange untuk penghantaran kali kedua. Siap buat report lagi aduan nana tentang tak dapat any note yang menyatakan barang boleh collect di pejabat poslaju.

Dan alhamdulillah barang pun telah selamat sampai ke tangan. Legalah kann sebab beli baju raya anak 😂 risau lambat sampai je.. beli online ni jimat masa harga pun berbaloi.



Terima kasih abang posmen berjuang menghantar parcel parcel kami.
abah dulu seorang posman jugak. Sekarang masih di pos malaysia tapi sebagai juruteknik komputer.

Teringat telemovie " Aku Posmen" arahan melissa saila. Terbaik! Unik cerita tentang abang posmen. Cuba korang layan.

Korang yang stress barang tak sampai tu chill ok. Call je poslaju hotline yang nana bagi tadi. 

Update : disebabkan terlalu ramai yang wassap saya, ingat saya adalah wakil poslaju, saya terpaksa remove link wassap.. Sebagai soft reminder saya bukan pekerja POSLAJU ye.. Saya cuma ceritakan pengalaman sahaja.. Terima kasih..

25 comments:

  1. Thank you for information 😇

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis, terus call ye no tuh?saya tngh alami situasi nih risau brng dhlah jauh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dgn sy.. notice x dpt.. call hotline pun xbleh berckp dgn operator

      Delete
    2. https://pos-laju.pissedconsumer.com/customer-service.html

      Maaf ye lambat reply.. Sy reply jugak untuk panduan kawan2 kita yg lain..
      Boleh try link yg diberi ade no lain & kaedah lain untuk contact poslaju..

      Delete
  3. Assalamualaikum sis.sya nak tanya macam mana nak tukar alamat penghantaran
    Sbb sya tersala alamat

    ReplyDelete
  4. Sy salah letak alamat,camna nak tukar alamat pos

    ReplyDelete
  5. Call hotline tu xde pun blh ckp ngn oprtor ke ape

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan line busy. Mungkin cik boleh cuba link ni.. Ade kaedah lain nak contact dengan poslaju

      https://pos-laju.pissedconsumer.com/customer-service.html

      Delete
    2. Mkom sis mcm mn klu xigt no tracking

      Delete
  6. Assalam, sis kalau mcm saya. saya dpt notice utk ambil barang ke pejabat post. Tapi saya tak boleh nk pi ambil kat sana. Jdi boleh ke saya call no hotline tu..utk mintak penghantaran kedua?

    ReplyDelete
  7. Kes sy pula berbeza, posmen tu kata barang saya berat (sebenarnya file shj),katanya haritu dia pakai motor shj,jadi tak muat, lepas tu terus je cakap penghantaran tak berjaya, mana blh mcm tu? (Langsung tak pernah sampai kat rumah sy)

    ReplyDelete
  8. ada nombor telefon lain tak atau web lain yg boleh tnya untuk penghataraan kali kedua..dh telefon dh nombor tu bnyk kali dah tpi talian sibuk hmm..jawab plese

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum sis saya Salah hantar alamat menggunakan parcel flexiprepaid, macam Mana nak buat ya

    ReplyDelete
  10. Npa brang sya smpai2 lgi nak dkat 3minggu dah

    ReplyDelete
  11. Barang saya pon xsampai lagi mcam mn ni????

    ReplyDelete
  12. Hai, kalau salah key in no phone pun boleh buat penghantaran kedua ke ?

    ReplyDelete
  13. Serahan kedua erc51935065my norismawati22.com ishak contact 013 5241353

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serahan kali ke 2 erc519266879my aini maistura bte abdullah contact no 0173482921

      Delete
  14. Titanium Tail Shaving - Tatanium - Titsanium Arts
    Titsanium has a smooth, solid titanium ore shaving foam. It has a thick columbia titanium pants and dense shaving dental implants formula titanium cartilage earrings with man titanium bracelet strong but not too flashy. The handle is extremely

    ReplyDelete